Google Mengambil-Alih Syarikat Pembangun Aplikasi Alfred

Google Mengambil-Alih Syarikat Pembangun Aplikasi Alfred

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Selain daripada carian, Android dan sebagainya, salah satu perkara utama yang difokuskan oleh Google adalah berkenaan dengan informasi tempatan berasaskan lokasi, dan dalam usaha untuk terus berinovasi pada kategori tersebut, hari ini Google secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan Clever Sense, iaitu pembangun disebalik aplikasi Alfred.

Melalui Alfred, ia membolehkan para pengguna mengetahui mengenai lokasi-lokasi menarik berdekatan mereka, termasuk tempat makan, tempat pelancongan dan sebagainya dengan mudah melalui aplikasi tersebut.

Harga pembelian tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak, dan mungkin kita akan dapat melihat integrasinya pada Google Places, Google Maps dan pelbagai perkhidmatan lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN