Google Chrome 16 Membawakan Sokongan Multiple Profile

Google Chrome 16 Membawakan Sokongan Multiple Profile

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Dengan dunia pelayar web yang bergerak pantas, hari ini Google telah pun melancarkan Google Chrome 16 versi stabil, membawakan pelbagai penambah-baikkan bersama-sama dengannya, termasuk salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai Multiple Profile, dan disokong pada Windows, Mac dan juga Linux.

Melalui Multiple Profile, ia membolehkan anda terus mendaftar masuk ke dalam pelayar web, dan menambah pelbagai perkara pada menu profil yang disediakan. Ia sekaligus membolehkan anda sync pelbagai perkara, seperti aplikasi, tetapan, bookmark dan sebagainya, serta menggunakan pelayar web dengan lebih mudah dari pelbagai komputer dimana sahaja anda berada.

Untuk mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Google Chrome 16 hari ini, dan mula menggunakan fungsi ini, manakala bagi pengguna sedia ada, anda akan dikemaskini dengan versi terkini secara automatik bermula hari ini.


TIPS & ULASAN