Mari Sertai Dialog Industri Kreatif MSC Malaysia 2011 Pada Minggu Hadapan

Mari Sertai Dialog Industri Kreatif MSC Malaysia 2011 Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 17, 2011 oleh .

Berminat dengan dunia kreatif, dan pembangunan aplikasi dan juga permainan mudah-alih? Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia ataupun yang mana lebih dikenali sebagai MDeC bakal menganjurkan sebuah dialog khas berkenaan Industri Kreatif Malaysia pada 20 hb Disember ini, iaitu pada Selasa akan datang bertempat di Hotel Hilton KL Sentral bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang.

Dialog tersebut akan dibahagikan kepada dua sesi berbeza yang akan membincangkan perkara berbeza, namun membincangkan industri yang sama. Ia juga bakal dijalankan pada dua dewan berbeza, pada masa yang sama. Berikut merupakan maklumat mengenainya :

Sessi A : “Forum Realiti Maya (Virtual Reality (VR) Forum)”
Moderator : En. Tan Eng Hoo dari MDeC
Sasaran : Agensi kerajaan dan universiti tempatan

Sessi B : “Diskusi Meja Bulat Perisian Mudah Alih & Pembangun Permainan (Mobile Applications & Games Developer Round Table Discussion)”
Moderator:
En. Sani Alwi (Ketua, Sektor Mudah alih) Jabatan Kreatif Multimedia MDeC
En. Kamarul Ariff (DH, Sektor Pembangunan) Jabatan Kreatif Multimedia MDeC
Sasaran : Syarikat-syarikat bertaraf MSC yang terlibat dalam industri kandungan mudah alih

Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh kesana dan mendapatkan maklumat tambahan secara percuma, selain pada masa yang sama mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan industri tersebut, serta berkenalan dengan pengiat industri tersebut pada hari yang sama.

Ditulis oleh Asri al-Baker untuk Amanz. Anda boleh ikuti beliau di Twitter melalui @asrialbaker.


TIPS & ULASAN