Beberapa Perubahan Bakal Dilakukan Pada Draft Akta Badan Perkomputeran Professional

Beberapa Perubahan Bakal Dilakukan Pada Draft Akta Badan Perkomputeran Professional

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Salah satu topik hangat sepanjag semalam dan hari ini adalah berkaitan dengan Akta Badan Perkomputeran Professional, dimana pelbagai perkara telah dibincangkan secara menyeluruh, dan pelbagai pandangan dan pendapat telah dilontarkan, dimana beberapa wakil yang hadir tidak menjawab soalan secara menyeluruh.

Antara perkara yang diberikan perhatian oleh mereka yang terlibat dalam industri pada Hari Terbuka MOSTI yang diadakan semalam adalah :

  • Penalti dan denda yang dikenakan yang memperlihatkan para pelaku seperti pesalah kriminal dengan hukuman penjara sekiranya melanggar peraturan pada badan tersebut, berbeza dengan badan-badan lain yang sekadar melucutkan keahlian sahaja.
  • Siapakah yang perlu berdaftar dengan badan tersebut masih menjadi tanda persoalan, dan masih tidak dapat diterangkan dengan menyeluruh, termasuk adakah kakitangan kerajaan perlu diwajibkan mendaftar ataupun sebaliknya.
  • Definisi berkaitan dengan Infrastruktur Informasi Kritikal Kebangsaan masih menjadi tanda tanya, apabila tidak dapat diterangkan dengan menyeluruh, dan tidak diberitahu apakah sektor yang akan terlibat padanya.
  • Pada masa yang sama, ia masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan berada disebalik badan tersebut, apabila mereka hanya sekadar menghantar wakil sahaja, selain tidak berbincang dengan komuniti secara terbuka melalui rangkaian sosial dan sebagainya sebelum hadir dengan draft tersebut.

Tambahan lagi, daripada panel yang hadir pada hari terbuka tersebut, mereka mengatakan yang mana perkara ini mungkin akan diubah dalam draft akan datang, selain turut mengatakan mereka tidak mengejar sebarang tarikh untuk melaksanakan perkara tersebut, dan mengatakan komuniti boleh menghantar wakil untuk memberikan input kepada mereka. MOSTI turut meminta memberikan maklumbalas melalui emel terus ke [email protected] sebelum 15 Januari 2012 ini.

Selain daripada itu, pada hari ini, beberapa media utama negara, seperti The Star dan juga Malay Mail melaporkan yang mana akta ini akan dibubarkan sekiranya terdapat tentangan daripada komuniti IT.


TIPS & ULASAN