Bersama-sama dengan pengenalan Windows 8 versi pembangunan, dan versi beta yang bakal menjelang tiba pada penghujung bulan Februari, dan melalui informasi terkini, ia memperlihatkan yang mana Windows 8 turut sama akan menyertakan sebuah pemain media khas untuknya. Ia masih lagi tidak diketahui samada adakah ianya merupakan Windows Media Player yang terkini, ataupun pemain media yang berbeza.
Melalui apa yang diperlihatkan, ia turut membawakan antaramuka Metro bersama-sama dengannya, dan lebih memfokuskan kepada muzik, membolehkan pengguna memainkan sesuatu muzik, atau mendapatkan informasi dan mencari fail-fail audio dengan pantas.
Pemain media ini juga turut boleh diakses dengan pantas melalui bahagian tepi, membolehkan anda membuat kerja dengan tetingkap penuh tanpa masalah, dan ketika mendengar lagu atau audio, anda boleh membuat perkara lain.
Berkemungkinan kita akan mendapat lebih banyak informasi berkaitan dengan perkara ini ketika Microsoft memperlihatkan versi beta mereka, dijangka pada awal Januari ini kelak. Sama-sama kita nantikannya.