Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Siri – Dikenali Dengan Nama Kod Majel Buat Masa Ini

Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Siri – Dikenali Dengan Nama Kod Majel Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Sokongan input suara pada Android sudah lama diperkenalkan, namun sehingga ke hari ini, untuk menggunakannya sepenuhnya, para pengguna perlu menyertakan beberapa nama kod dalam penggunaannya, dan tidak begitu pintar seperti Siri daripada Apple. Namun, ia bakal diatasi tidak lama lagi.

Ia kini dilaporkan yang mana Google bakal memperkenalkan evolusi untuk fungsi Google Voice Actions sedia ada, dan pembangunan sedang giat dilakukan sekarang ini, dikenali dengan nama kod Majel (Majel Barrett pada Star Trek) dikalangan pembangun buat masa ini.

Versi pembangunan pertama dijangka akan diperkenalkan seawal Januari atau Februari, mungkin sebagai kemaskini menyeluruh untuk sokongan Google Voice Actions, dan ia akan mengintegrasikan pelbagai sokongan carian Google pada versi awalnya kelak.

Namun, apa yang menarik minat kami adalah, memandangkan Google sudah pun sedia menyokong input suara dalam bahasa Malaysia termasuk dengan sokongan dialek negeri, mungkinkah ia akan memberikan impak besar kepada pengguna Android di Malaysia?


TIPS & ULASAN