EA Memperkenalkan Command & Conquer Tiberium Alliances Versi Web

EA Memperkenalkan Command & Conquer Tiberium Alliances Versi Web

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Salah satu bentuk permainan yang meningkat popular akhir-akhir ini adalah permainan yang boleh dimainkan terus melalui pelayar web, dan nampaknya Electronic Arts tidak ingin sama ketinggalan, dimana hari ini mereka memperkenalkan permainan strategi mereka, Command & Conquer Tiberium Alliances yang dimainkan sepenuhnya melalui pelayar web.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam bentuk beta tertutup, dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk turut menyertai dalam beta tertutup tersebut. EA mengatakan yang mana permainan ini menggunakan teknologi HTML5 sepenuhnya, dan membolehkan para pemain bermain bersama, dan bersaing dengan rakan-rakan mereka melaluinya.

Selain daripada itu, sebelum ini, EA turut sama memperlihatkan video promosi pertama untuk permainan Command & Conquer Generals 2 yang dijangka akan diperkenalkan dalam masa kurang 2 tahun lagi.


TIPS & ULASAN