Nampaknya mungkin dalam bulan Januari atau Februari, para pengguna Samsung Galaxy S2 akan menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dimana versi pembangunannya telah pun mula kelihatan, membawakan sokongan untuk fungsi-fungsi utama padanya, termasuk fungsi panggilan, SMS, data dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, memandangkan ia masih lagi dalam versi pembangunan, beberapa aplikasi masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya, dan masih tidak lancar sepenuhnya.
Namun begitu, ia sesuatu yang menarik untuk melihat Samsung membangunkan kemaskini untuk peranti mereka dengan pantas, dan mungkin kita akan melihat kemaskini serupa diperkenalkan untuk para pengguna Galaxy Note dalam tempoh yang lebih kurang sama. Dan bagi pengguna Samsung Galaxy S2 yang ingin menguji versi pembangunan ini, anda boleh mendapatkannya terus melalui SamMobile, dan mengujinya hari ini.
Jadi, bagi pengguna Samsung diluar sana, adakah anda mengemari TouchWiz pada Ice Cream Sandwich, ataupun sebaliknya?