Carian
Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5
December 15, 2011 Aman

Dengan dunia sosial yang memfokuskan pada Facebook, Twitter dan Google+, nama-nama lama kekal fokus dalam membangunkan perkhidmatan dan jenama mereka, dimana hari ini, salah satu laman sosial terkemuka, iaitu Tagged telah pun mengumumkan pengambil-alihan laman sosial Hi5, dimana kedua-duanya adalah antara laman sosial popular sekitar tahun 2008.

Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Menurut Tagged, dengan pengambil-alihan laman sosial Hi5, ia membolehkan mereka menambah pengguna aktif mereka daripada 10 juta sedia ada menjadikannya berganda, kepada 20 juta pengguna aktif, selain pengguna berdaftar menjadi daripada daripada 100 juta pengguna daftar, menjadi hampir 300 juta pengguna berdaftar secara keseluruhannya.

Walaupun pelbagai laman sosial menghadapi masalah dalam memperkembangkan perkhidmatan mereka, Tagged memperlihatkan peningkatan, dimana pendapatan tahun ini dijangka sekitar $43 juta hingga $45 juta, berbanding $33 juta pada tahun lepas.

Menurut Tagged lagi, mereka tidak ingin bersaing secara terus dengan Facebook, sebaliknya menjenamakan laman mereka sebagai laman penemuan sosial, memudahkan para pengguna bertemu rakan-rakan baru.

Sebelum ini, Tagged turut sama telah mengambil-alih Digsby, dan kini teruskan aktiviti pengambil-alihan dengan menyertakan Hi5 pada portfolio mereka.

Komen