Laman MudahAlih.my Dilancarkan Secara Rasmi – Memfokuskan Jual-Beli Peranti Dan Gajet

Laman MudahAlih.my Dilancarkan Secara Rasmi – Memfokuskan Jual-Beli Peranti Dan Gajet

Diterbitkan pada Dis 15, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami telah pun sedia melaporkan mengenai perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai MudahAlih.my. Dan hari ini, perkhidmatan ini dilancarkan secara rasminya, membolehkan para pengguna tempatan berjual-beli peranti-peranti seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan gajet lain mudah, terus melalui laman MudahAlih.my. Dan dalam usaha menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, pelbagai peraduan turut disediakan oleh pihak mereka.

Melalui apa yang kelihatan, ia beroperasi seperti laman jual-beli biasa, namun ia membawakan skop khas, iaitu memfokuskan kepada para peminat peranti dan gajet. Buat masa ini, pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut adalah percuma, terus melalui laman web mereka.

Pada masa yang sama, mengikut pembangun laman tersebut, mereka turut sama akan memperkenalkan laman web versi mesra mudah-alih tidak lama lagi, serta memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna Android, BlackBerry dan juga iPhone tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat dengan peranti dan juga gajet, mungkin anda boleh melayari laman MudahAlih.my hari ini.


TIPS & ULASAN