Ramai yang gemar akan antaramuka OS X, serta menggunakan pelbagai perkara untuk mendapatkan sistem operasi yang lebih kurang sama dengannya, selain turut menggunakan Hackintosh untuk mendapatkan sistem yang sama dengannya. Namun, bagi para pengemar Linux, mungkin anda boleh mencuba distro yang dinamakan sebagai Pear OS, yang mana membawakan antaramuka dan rekabentuk lebih kurang sama dengan OS X.
Terkini, Pear OS 3.0 “Panther” telah pun dilepaskan, dimana ia dibangunkan berasaskan Ubuntu 11.10, serta menggunakan persekitaran desktop GNOME 3.0, dan menggunakan kernel Linux 3.0. Dan untuk memudahkan para pengguna memasang aplikasi dan sebagainya, ia turut menyertakan Pear AppStore padanya.
Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mencuba dan menguji Pear OS 3.0 “Panther” yang boleh dimuat-turun secara percuma dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit.