HomeStayr Dilancarkan – Bakal Bersaing Dengan Perkhidmatan iBilik

HomeStayr Dilancarkan – Bakal Bersaing Dengan Perkhidmatan iBilik

Diterbitkan pada Dis 15, 2011 oleh .

Nampaknya industri penyewaan bilik untuk tempoh yang singkat, ataupun lebih dikenali sebagai homestay akan menjadi makin popular pada tahun hadapan. Jikalau sebelum ini kita dapat melihat perkhidmatan CariBilik yang dijenamakan menjadi iBilik, kini perkhidmatan baru dilancarkan, dikenali sebagai HomeStayr.

Melalui HomeStayr, para pengguna boleh melakukan carian mudah mengenai bilik yang mereka kehendaki berdasarkan lokasi, dan jangka masa mereka ingin tinggal padanya.

Para pemilik bilik atau rumah yang ingin disewakan pula, boleh menyenaraikan perkhidmatan mereka itu pada laman tersebut dengan mudah dan percuma. Buat masa ini, HomeStayr masih lagi disasarkan untuk pasaran Malaysia, dan mungkin dalam masa akan datang, mereka akan memperluaskan perkhidmatan kepada negara-negara lain yang berdekatan.


TIPS & ULASAN