Pengguna DiGi Menjadi Yang Pertama Menerima iPhone 4S – Talian Diaktifkan Malam Ini

Pengguna DiGi Menjadi Yang Pertama Menerima iPhone 4S – Talian Diaktifkan Malam Ini

Diterbitkan pada Dis 15, 2011 oleh .

Nampaknya, kini, beberapa pengguna DiGi yang mendaftar untuk mendapatkan iPhone 4S melalui kedai atas-talian mereka sudah pun mula menerima iPhone 4S hari ini. Walaubagaimanapun, bagi yang membuat pesanan bersama-sama dengan talian DiGi, talian mereka masih tidak diaktifkan lagi, dan mungkin hanya akan diaktifkan esok – 16 Disember.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, memandangkan sepatutnya pelancaran di Malaysia adalah pada 16 Disember, DiGi dilihat telah mula menghantar sehari lebih awal, dan berkemungkinan sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Apple.

Sebelum ini, DiGi pernah membuat perkara sama dengan memulakan pra-daftar untuk iPhone 4 berwarna putih, dan akibatnya, mereka menjadi yang terakhir menawarkan iPhone 4 Putih di Malaysia.

Jadi, apakah kesan daripada perkara ini terhadap hubungan DiGi dan juga Apple?

Kemaskini : Menurut DiGi, selagi mereka tidak mengaktifkan talian, ia tidak menjadi masalah dengan Apple. Kad-SIM dijangka akan diaktifkan oleh DiGi tepat pukul 12 tengah malam ini.


TIPS & ULASAN