Cari @ Amanz

Seperti kami maklumkan sebelum ini, para pengguna tempatan telah mula menerima Facebook Timeline, dan kini, beberapa pengguna turut melaporkan mereka telah mula dapat mengaktifkannya dengan mudah melalui halaman Facebook Timeline bermula hari ini, tanpa perlu menunggu seperti dulu. Percubaan kami juga membolehkan kami menerima Facebook Timeline tersebut dengan pantas.

Dan pada masa yang sama, Facebook turut kini menetapkan masa, dimana para pengguna hanya diberikan masa selama 7 hari sahaja untuk membuat pelbagai tetapan pada halaman Facebook, sebelum ia diperlihatkan secara automatik kepada semua pengguna dan rakan-rakan anda yang lain.

Jadi, adakah anda mengemari Facebook Timeline yang baru ini ataupun bagaimana?

Terima kasih @Ammar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd