Cari @ Amanz

Setelah berjaya dalam dunia permainan arena desktop melalui permainan Grand Theft Auto 3, kini Rockstar Games terus membawakan permainan tersebut kepada para pengguna Android dan juga iOS, dimana mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini terus daripada Android Market dan juga AppStore pada harga hanya $4.99.

Menurut pembangunnya, ia membawakan segala perkara yang terdapat pada versi desktop, serta membawakan kemaskini dari segi grafik, selain model kenderaan dan juga watak turut diberikana beberapa kemaskini padanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini terus daripada Android Market ataupun Apple AppStore bermula daripada hari ini pada harga $4.99 dan mula menikmati permainan popular ini pada tablet atau telefon pintar anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd