Tron – Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Terbaru Di Malaysia

Tron – Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Terbaru Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 15, 2011 oleh .

Dengan pelbagai nama didalam dunia telekomunikasi tempatan, ia terus dimeriahkan, dimana terkini syarikat baru yang menyertai industri telekomunikasi negara adalah TalkFocus melalui perkhidmatan mereka yang dinamakan sebagai Tron. Perkhidmatan ini dilancarkan dengan kerjasama pihak DiGi, dimana ia akan menggunakan pemancar DiGi dalam menjalankan perkhidmatan mereka.

Melalui Tron, dalam usaha untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang lain, ia membawakan beberapa perkara tambahan, termasuk kandungan percuma, serta turut menawarkan kupon percuma kepada pengguna mereka. Selain daripada itu, ia turut membawakan jangka masa tahan kredit sepanjang tahun tanpa tempoh luput.

Dari segi pakej pula, Tron membawakan dua pakej permulaan, iaitu Tron Beon Lite pada harga RM9 dan juga Tron Beon Infinite pada harga RM98. Berkaitan dengan nombor yang digunakan, berkemungkinan besar, ia akan menggunakan angka awalan 011 dan juga 014 untuk perkhidmatan mereka.

Walaupun baru lagi, mereka telah pun mempunyai sasaran awal, dimana Tron mensasarkan untuk mendapatkan seramai 100,000 pengguna menjelang bulan Jun 2012 kelak.


TIPS & ULASAN