Google Mengeluarkan Data Carian Paling Popular Sepanjang Tahun Pada Laman Mereka

Google Mengeluarkan Data Carian Paling Popular Sepanjang Tahun Pada Laman Mereka

Diterbitkan pada Dis 15, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami telah pun menjadi yang pertama melaporkan mengenai carian terhangat di Google Malaysia sepanjang tahun 2011, dan kini, pada hari ini, Google secara rasminya telah pun memperlihatkan segala data yang terkumpul untuk Google Malaysia, dan juga negara-negara lain seluruh dunia, dan memperlihatkannya dalam bentuk yang amat interaktif sekali.

Melalui data yang diperlihatkan, Google memecahkannya untuk 7 kategori, iaitu carian terhangat, individu terhangat, berita yang paling dicari, rancangan televisyen yang popular, carian imej paling popular, destinasi perlancongan yang paling dicari dan juga blog paling dicari ramai.

Selain daripada di Malaysia, Google juga turut menyediakan data carian global dan juga data bagi negara-negara lain melalui laman mereka itu.


TIPS & ULASAN