Windows 8 Akan Menyertakan Pengurus Akaun Dan Kata-Laluan Terbina

Windows 8 Akan Menyertakan Pengurus Akaun Dan Kata-Laluan Terbina

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Dalam memudahkan pengurusan identiti, nampaknya Microsoft bakal mengintegrasikan pengurus kata laluan pada sistem operasi akan datang mereka, iaitu Windows 8, yang mana membolehkan nama pengguna dan kata laluan disimpan dan diuruskan dengan mudah. Pada masa yang sama, ia juga bakal membuatkan aplikasi pengurusan kata laluan pihak ketiga tidak lagi penting seperti sekarang ini.

Dan bertambah menarik lagi, Microsoft dijangka akan membolehkan semua data ini di sync ke komputer lain melalui sokongan awan dengan mudah. Segalanya akan di sync kepada akaun Windows Live ID, dan sebaik sahaja anda log masuk ke komputer lain menggunakan Windows LIve ID yang sama, semua data akan ditarik, sekaligus memudahkan anda mengakses semua aplikasi, samada pada desktop atau pelayar web dengan pantas dan senang.

Buat masa ini, Microsoft dalam fasa pembangunan lagi, dan dijangka akan memperkenalkan Windows 8 Beta seawal Januari kelak, dan Windows 8 Beta dilancarkan untuk dimuat-turun oleh semua sekitar penghujung Februari kelak.


TIPS & ULASAN