Apple iPhone 4S Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

Apple iPhone 4S Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Mungkin ini suatu berita yang tidak perlu dilaporkan, memandangkan semestinya semua sedia maklum akan yang mana iPhone 4S telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh tiga gergasi telekomunikasi, iaitu Celcom, DiGi dan juga Maxis. Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kemaskini pada laman Apple Store Malaysia, berkemungkinan mereka memberikan peluang kepada syarikat telekomunikasi terlebih dahulu.


Pelancaran iPhone 4S Oleh Celcom [via]


Pembeli Pertama iPhone 4S Daripada DiGi [via]


Pelancaran iPhone 4S Oleh Maxis [via]

Melalui iPhone 4S, ia membawakan pelbagai perkara baru melaluinya, termasuk kamera dan juga cip pemprosesan dan grafik yang lebih pantas. Bersama-sama dengannya, ia turut membawakan sokongan bantuan pintar, dinamakan sebagai Siri. Namun, ia diperkatakan, Apple tidak menekankan perkara tersebut untuk pasaran Malaysia, memandangkan fungsi Siri masih tidak dapat digunakan secara sepenuhnya dikalangan pengguna Malaysia buat masa ini.

iPhone 4S ditawarkan dalam tiga variasi ruangan storan berbeza, dengan harga jualan bermula RM2190 untuk versi 16GB.

Oleh: Fairuz Bakar


TIPS & ULASAN