Sony Ericsson Memperkenalkan ROM Android Ice Cream Sandwich Versi Alpha Untuk Xperia

Sony Ericsson Memperkenalkan ROM Android Ice Cream Sandwich Versi Alpha Untuk Xperia

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Selepas Samsung Galaxy S2 diperlihatkan dengan Android Ice Cream Sandwich, kini Sony Ericsson melangkah setapak kehadapan dengan melepaskan sendiri versi pembangunan Android 4.0 mereka kepada para pengguna peranti Xperia. Namun, ia masih lagi pada peringkat alpha, dan perlu melalui pelbagai pembangunan lagi sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

ROM versi Alpha yang dikeluarkan oleh pihak Sony Ericsson ini boleh digunakan oleh para pengguna Xperia Arc S, Xperia Neo V, dan juga Xperia Ray. Buat masa ini, ia masih lagi mempunyai fungsi yang amat terhad sekali, seperti aplikasi Google yang masih tidak disertakan, kad SIM yang masih tidak dapat dibaca, Bluetooth, WiFi dan radio FM yang masih belum diaktifkan, serta pelbagai perkara lain lagi.

Walaupun ianya masih lagi pada peringkat alpha, mungkin melalui cara ini, ia menunjukkan komitmen Sony Ericsson dalam membawakan kemaskini Ice Cream Sandwich kepada para pengguna Xperia sekarang ini, selain membolehkan para pengguna baru membeli peranti mereka tanpa rasa ragu-ragu.

Bagi para pengguna Xperia yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun ROM Android Ice Cream Sandwich versi Alpha ini, dan mengujinya hari ini.


TIPS & ULASAN