Facebook Turut Memperkenalkan Fungsi Timeline Pada Peranti Mudah-Alih

Facebook Turut Memperkenalkan Fungsi Timeline Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang sudah ketahui akan yang mana mereka sudah boleh mula mengaktifkan dan gunakan sokongan Facebook Timeline bermula daripada semalam, sebelum ianya diperkenalkan secara paksaan tidak lama lagi. Dan kini, Facebook turut mengumumkan sokongan untuk melihat Facebook Timeline terus melalui peranti mudah-alih masing-masing.

Namun begitu, sokongan ini hanya diperkenalkan kepada pengguna yang mengakses melalui m.facebook.com dan juga pada aplikasi Android sahaja. Untuk pengguna iOS, ia masih lagi tidak diketahui bilakah ianya bakal dilancarkan.

Sama seperti pada versi web, melalui versi mudah-alih, para pengguna masih boleh melihat profil dalam bentuk kisah dan juga dalam bentuk latar masa, sekaligus membolehkan anda mengenali seseorang rakan anda itu dengan mudah.

Bagi mereka yang masih belum mengaktifkan fungsi Timeline, anda boleh melakukannya dengan mudah, dengan hanya melayari halaman Facebook Timeline sekarang.


TIPS & ULASAN