Says.my Memperkenalkan Antaramuka Baru – Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Says.my Memperkenalkan Antaramuka Baru – Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Says.MY merupakan salah satu perkhidmatan yang memberikan ganjaran kepada setiap perkongsian yang dilakukan oleh para pengguna mereka. Dan kini dalam usaha untuk menjadikan perkhidmatan mereka terus menarik dan digunakan ramai, mereka turut sama mengintegrasikan beberapa fungsi daripada Says.com, membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai video, gambar, pespektif dan sebagainya dengan lebih mudah lagi.

Walaubagaimanapun, fungsi yang dikenali sebagai News itu masih lagi belum diperkenalkan kepada umum, dan masih lagi pada peringkat percubaan, dan memerlukan pengguna memasukkan kod khas untuk mengaksesnya. Ia juga membolehkan sekaligus para pengguna mendapatkan dan mengetahui pelbagai berita yang hangat diperkatakan oleh para pengguna tempatan, selain mengikuti berita, gambar, mahupun video dengan mudah, dan membolehkan anda berkongsi yang lain bersama-sama rakan anda.


Bagaimana Berita Teks Diperlihatkan Pada Says.my


Bagaimana Video Diperlihatkan Pada Says.my

Pada masa yang sama, Says.my juga turut dijangka akan memperkenalkan aplikasi IPad khas, memudahkan anda mengikuti kandungan yang dikumpulkan oleh para pengguna mereka dengan mudah.

Jadi, adakah anda gemar akan Says.my yang baru ini, ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN