Cari @ Amanz

Setelah syarikat telekomunikasi tempatan menawarkan iPhone 4S melalui pakej dan pelan masing-masing, kini, Apple Store Malaysia turut sama menawarkannya, membolehkan para pengguna mendapatkan iPhone 4S tanpa sebarang kontrak pada harga bermula daripada RM2199 untuk iPhone 4S versi 16GB yang didatangkan dalam variasi warna hitam dan juga putih.

Walaubagaimanapun, pembelian melalui Apple Store Malaysia dijangka akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu, sebelum para pengguna akan dapatnya pada tangan mereka. Dan pada masa yang sama juga, Apple mengehadkan dua unit sahaja untuk setiap pelanggan.

Ia masih lagi tidak diketahui, adakah pengedar rasmi Apple seluruh negara akan turut menawarkannya melalui kedai mereka. Apa yang diketahui sebelum ini, adalah hanya Machines akan menawarkannya, tetapi melaluinya, para pengguna perlu mendaftarkan melalui pakej Maxis, dan bukannya set bebas kontrak.

Namun, bagi mereka yang masih tidak lagi membeli iPhone 4S dan ingin mendapatkannya, mungkin anda boleh dapatkannya melalui Apple Store Malaysia, apatah lagi harga permulaan pembayaran untuk pakej-pakej syarikat telekomunikasi adalah lebih kurang sama untuk harga peranti tersebut. Harga yang ditawarkan oleh Apple Store Malaysia adalah RM2199 untuk 16GB, RM2499 untuk 32GB dan juga RM2799 untuk versi 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd