Edisi Sangat Terhad – Nokia Lumia 800 Bertemakan Batman – The Dark Knight Rises

Edisi Sangat Terhad – Nokia Lumia 800 Bertemakan Batman – The Dark Knight Rises

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Nokia benar-benar ingin mempromosikan produk-produk terbarunya yang menggunakan sistem operasi Windows Phone. Dalam satu majlis ringkas di London pada 14 Disember baru-baru ini, Nokia telah mempertontonkan beberapa unit telefon pintar Lumia 800 yang dibina khas bertemakan filem “Batman – The Dark Knight Rises”.

Keistimewaan telefon edisi sangat terhad ini ialah logo “Batman” yang diukir dibahagian belakang telefon, serta kotak khas berwarna hitam yang tampak sangat eksklusif.

Walaubagaimanapun. Nokia tidak memberikan sebarang info mengenai harganya atau bilakah telefon pintar Lumia 800 edisi sangat terhad ini akan berada dipasaran. Hanya 40 unit sahaja akan dikeluarkan diseluruh dunia. Ya, EMPAT PULUH unit sahaja. Bukan 400, bukan 4000. Ia benar-benar akan menjadi sangat istimewa.

Ditulis oleh pembangun aplikasi tempatan – Asri al-Baker untuk Amanz.my. Boleh ikuti beliau di @asrialbaker, atau di i-Symbian.Gambar dan kredit berita asal The Verge, Into Mobile dan James Whatley.


TIPS & ULASAN