Blogger Menjadi Platform Yang Paling Stabil Dan Dipercayai Sepanjang 2011

Blogger Menjadi Platform Yang Paling Stabil Dan Dipercayai Sepanjang 2011

Diterbitkan pada Dis 16, 2011 oleh .

Pilihan platform untuk menulis blog yang terdapat di arena internet ini adalah amat banyak, dan semestinya ramai yang inginkan sebuah platform yang benar-benar stabil dengan prestasi yang amat bagus untuk membangunkan blog mereka. Dan, melalui kajian bebas yang dilakukan, ia memperlihatkan Blogger daripada Google mendahului pesaing-pesaing yang lain.

Melalui ujian yang dijalankan secara rawak untuk melihat platform yang paling stabil dan boleh dipercayai, Tumblr mendapat kedudukan yang paling bawah, memperlihatkan ia secara purata tidak dapat diakses selama 3 jam 50 minit pada setiap bulan, berbeza dengan Blogger, yang hanya tidak diakses secara purata selama 1.5 minit setiap bulan.

Pesaing terdekat Blogger, iaitu WordPress pula mengekori dibelakang, dengan masa purata ketidakbolehan mengakses sekitar 9 minit sebulan, dan Typepad pada 10 minit sebulan.

Melaluinya juga, ia kelihatan yang mana Google sekali lagi mengungguli takhta platform blog terbaik dengan masa beroperasi selama 99.998% sepanjang tahun.


TIPS & ULASAN