Kadangkala, mungkin anda kebosanan apabila melayari banyak laman web, ataupun membuat kerja pejabat di komputer. Untuk menghilangkan kebosanan, mungkin anda boleh mencuba suatu permainan ringkas menggunakan orang lidi, dinamakan sebagai Draw A Stickman.
Melalui aplikasi ataupun permainan ringkas tersebut, anda boleh melukis sebuah watak orang lidi padanya, dan seterusnya bermain dengannya menggunakan jalan cerita yang dibawakan secara rawak, dan meminta anda melukis pelbagai perkara baru sepanjang permainan tersebut. Dan menariknya, sekiranya ketika bermain, anda mengubah ke tab atau tetingkap lain, permainan tersebut dihentikan secara automatik dan disambung kembali apabila anda kembali padanya.
Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh bermain dan membuat jalan cerita anda menggunakan orang lidi melalui laman Draw A Stickman hari ini.