Cari @ Amanz

Hari ini, secara rasminya, pihak Canonical telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan dan membuang semua Sun Java Development Kit yang disertakan bersama-sama dengan sistem operasi mereka, memandangkan pihak Oracle sendiri telah menamatkan lesen untuknya.

Dan memandangkan ia merupakan antara komponen utama, untuk mengantikannya, kini Canonical meminta para pengguna menggunakan dan berpindah kepada OpenJDK secepat yang mungkin, sekaligus mengelakkan sistem daripada tidak berfungsi.

Bagi para pengguna Ubuntu, anda boleh memasang OpenJDK pada sistem operasi anda dengan mudah dan senang, iaitu hanya perlu memasang icedtea6-plugin untuk menyokong Java pada pelayar web anda, ataupun openjdk-6-jre untuk digunakan pada perkomputeran maya anda. Para pengguna juga boleh memilih untuk memasang Oracle Java secara terus daripada laman web rasmi mereka sekiranya ingin terus menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd