Adobe Melancarkan Adobe Flash 11.1 Untuk Android 4.0 ICS

Adobe Melancarkan Adobe Flash 11.1 Untuk Android 4.0 ICS

Diterbitkan pada Dis 17, 2011 oleh .

Seperti mana Adobe janjikan, mereka telah pun keluarkan Adobe Flash 11.1 versi akhir untuk mereka yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Selepas ini, Adobe berhasrat untuk menamatkan sepenuhnya pembangunan Flash untuk para pengguna mudah-alih, dalam usaha untuk mengurangkan kos pembangunan dalaman mereka.

Buat masa ini, peranti dengan Android 4.0 masih lagi belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia, namun beberapa pengedar telah pun membawa masuk set luar negara, Galaxy Nexus, dan menjualnya di pasaran tempatan.

Dan bagi mereka yang menggunakan Android 4.0 pada peranti mereka, anda boleh memuat-turun Flash 11.1 terus daripada Android Market, dan menikmati fail Flash pada peranti Android anda. Selepas ini, tiada lagi Flash akan dikeluarkan untuk versi Android akan datang.


TIPS & ULASAN