Firefox 9.0 (Candidate) Boleh Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla

Firefox 9.0 (Candidate) Boleh Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla

Diterbitkan pada Dis 17, 2011 oleh .

Baru sahaja Firefox 8.0 menjadi pelayar web kedua paling popular dikalangan pengguna tempatan, kini dengan menggunakan latar masa pembangunan selama enam minggu, mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan untuk versi akhir mereka, iaitu Firefox 9.0. Secara kasar boleh dikatakan versi yang boleh dimuat-turun daripada pelayan FTP mereka ini berkemungkinan menjadi versi akhir kelak.

Firefox 9.0 dijangka akan dilancarkan secara rasminya oleh pihak Mozilla pada 20 Disember ini, iaitu dalam tempoh tiga hari lagi. Sebelum ini juga, pihak Mozilla pernah mengeluarkan versi stabil akhir mereka lebih awal beberapa hari sebelum pengumuman rasmi mereka.

Melalui Firefox 9.0, ia memfokuskan kepada kepantasan, dimana kini ia memperlihatkan peningkatan kepantasan sehingga 30% berbanding sebelum ini. Selain daripada itu, ia turut sama mengintegrasikan sepenuhnya fungsi Do Not Track, sekaligus menjaga privasi anda sepenuhnya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9.0 (Candidate) secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menantikan pengumuman rasmi pihak Mozilla dalam masa beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN