Windows 8 Membawakan Sokongan Kata Laluan Dalam Bentuk Gambar Dan Gaya Sentuhan

Windows 8 Membawakan Sokongan Kata Laluan Dalam Bentuk Gambar Dan Gaya Sentuhan

Diterbitkan pada Dis 17, 2011 oleh .

Jikalau Android 4.0 memperkenalkan sokongan kata laluan menggunakan pengecaman wajah, pada Windows 8 akan datang pula, ia membawakan sokongan memasukkan kata laluan melalui penggunaan gambar dan juga gaya sentuhan, sekaligus membolehkan anda log masuk ke PC anda melalui kaedah baru, mengantikan penggunaan kata laluan berbentuk angka dan teks sebelum ini.

Dalam menjadikannya lebih selamat, Microsoft mengatakan para pengguna hanya boleh mencuba hanya sebanyak 5 kali sahaja, sebelum mereka diberikan pilihan kedua, untuk memasukkan angka seperti biasa untuk log masuk.

Walaupun perkara ini mungkin salah satu pilihan yang selamat, namun ianya menarik untuk melihat bagaimana kaedah memasukkan kata laluan sedang berkembang dari hari ke hari, dan pada masa yang sama berusaha menjadikan sesuatu sistem itu lebih selamat lagi.


TIPS & ULASAN