Cari @ Amanz

Nampaknya, persaingan antara Firefox dan Chrome akan makin menjadi hangat pada tahun hadapan, dimana selain daripada kemaskini automatik bakal diperkenalkan pada Firefox, Mozilla juga dijangka akan mengintegrasikan sokongan untuk mengimport semua data daripada Chrome ke Firefox dengan mudah melalui Firefox 11 Aurora.

Buat masa ini, Firefox telah pun sedia menyokong kebolehan mengimport data daripada beberapa pelayar web termasuk Internet Explorer, dan melalui Firefox 11 Aurora kelak, ia dijangka akan menguji sokongan tersebut untuk Chrome, membolehkan para pengguna memindahkan senarai sejarah pelayaran, cookies, kata laluan yang disimpan, tetapan dan pelbagai data lain terus daripada Chrome ke Firefox.

Firefox 11 Aurora dijangka akan dilancarkan kepada umum sekitar minggu ini, dan akan membawakan pengujian untuk fungsi baru ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd