Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada kemaskini antaramuka pada laman web Twitter, kini pihak Twitter turut memperkenalkan salah satu perkara yang dinantikan ramai, iaitu TweetDeck versi web, membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan TweetDeck dengan mudah terus melalui web, tanpa perlu anda memuat-turun sebarang aplikasi tambahan seperti sebelumnya.

TweetDeck versi web juga dibina sepenuhnya menggunakan HTML5, dan menariknya ia sync akan akaun pengguna kemana sahaja mereka pergi, membolehkan mereka menggunakan tetapan yang disimpan pada pelayar web mana pun yang mereka gunakannya.

Sama seperti para aplikasi yang diberikan nafas baru, para pengguna TweetDeck versi web juga diketengahkan dengan antaramuka yang lebih kurang menyerupai Twitter web, sekaligus menjadikan penggunaan rekabentuk dan antaramuka serasi pada pelbagai platform dan aplikasi.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengakses TweetDeck web ini, dan mula menggunakan TweetDeck yang digemari ramai itu terus melalui pelayar web kegemaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd