Cari @ Amanz

Minat akan permainan ringan, ringkas dan menyokong pelbagai platform? Kini anda boleh mendapatkan koleksi pelbagai permainan menarik, dimana Humble Bundle kembali lagi sekali buat kali ke empat, membawakan pelbagai permainan bebas, membolehkan anda memuat-turun dan menggunakannya pada Mac, Windows dan Linux dengan mudah, selain pada masa yang sama menyokong kebajikan melaluinya.

Melalui Humble Bundle #4 ini, ia membawakan tujuh permainan menarik, dan juga bebas DRM, membolehkan anda memasangnya pada kesemua komputer milik anda tanpa sebarang masalah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan kesemua permainan ini dengan hanya membayar kadar purata dibawah RM20 untuk mendapatkan kesemua permainan ini yang bernilai lebih ratusan ringgit, dan mula bermainnya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd