Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%

Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%

Diterbitkan pada Dis 18, 2011 oleh .

Salah satu pelayar web yang digunakan ramai di Malaysia, merupakan Mozilla Firefox, dimana menduduki tangga kedua hanya dibelakang Google Chrome. Sebelum ini, beberapa pembangun dan penyokong sumber terbuka telah pun memulakan usaha untuk menterjemah dalam bahasa Malaysia, dan kini ia diketahui pembangunannya telah pun sampai sehingga ke 63%.

Buat masa ini, masih lagi tiada sebarang tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi. Namun, sekiranya ia menerima lebih banyak sumbangan daripada komuniti dalam pengalihan bahasa, maka berkemungkinan ia akan dilancarkan lebih cepat lagi.

Buat masa ini, selain daripada komuniti, ia juga menerima sokongan daripada pasukan sumber terbuka daripada Universiti Utara Malaysia. Dan bagi mereka yang turut sama ingin serta dalam pembangunan Firefox dalam bahasa Malaysia, anda boleh merujuk kepada sebuah dokumentasi ringkas yang disediakan, dan sama-sama kita membantu dalam merealisasikan perkara tersebut.


TIPS & ULASAN