Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa perkhidmatan web yang menawarkan fungsi untuk menonton saluran televisyen tempatan terus melalui pelayar web, kini salah satu aplikasi ringkas untuk iPhone dilancarkan, membolehkan para pengguna memuat-turun aplikasi yang dinamakan sebagai 1Malaysia TV terus melalui AppStore hari ini.

Buat masa ini, harga jualan aplikasi itu masih tidak diketahui. Namun, mereka menawarkannya secara percuma selama dua hari, yang akan berakhir pada hari ini. Jadi, sementara ianya masih percuma, mungkin para pengguna boleh memuat-turunnya, dan menyimpannya dalam koleksi untuk digunakan secara percuma.

Seperti pada versi web, ia juga menggunakan data untuk memperlihatkan saluran televisyen dan juga radio. Jadi, ia lebih dicadangkan untuk menggunakan sambungan WiFi, bagi mengelakkan dikenakan caj melampau pada bil 3G anda.

Buat masa ini, ia membawakan saluran RTM1, RTM2, TV3, Alhijrah, MyTV dan juga beberapa saluran lain bersama-sama dengannya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini terus melalui AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd