Cari @ Amanz

Facebook Timeline merupakan salah satu fungsi yang kini sedang diperkenalkan kepada semua pengguna, dan selepas memperkenalkan sokongannya untuk pengguna Android, kini Facebook turut mengemaskini aplikasi iPhone mereka, membawakan sokongan paparan Facebook Timeline terus melalui iPhone masing-masing.

Walaubagaimanapun, sokongan Facebook Timeline untuk iPad masih lagi belum diperkenalkan buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan dalam kemaskini akan datang. Selain daripada itu, kemaskini aplikasi Facebook untuk iPhone ini juga membawakan sokongan untuk senarai rakan-rakan, dan juga langganan melalui Facebook Subscribe.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Facebook untuk iPhone ini terus daripada AppStore, dan mula menggunakan sokongan Facebook Timeline padanya sekiranya anda telah mengaktifkannya. Bagi mereka yang masih belum mengaktifkan Facebook Timeline, anda boleh berbuat demikian dengan melawati halaman rasmi Facebook Timeline hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd