Cari @ Amanz

Adakah anda peminat dunia kamera, fotografi dan juga yang berkaitan dengannya? Maka semestinya anda tidak akan terlepas sebuah acara khas yang mengumpulkan pelbagai peminat, serta membolehkan anda melihat pelbagai perkara baru, melalui acara tahunan dinamakan sebagai DCIMShow. Dan untuk tahun ini, ia bakal diadakan pada penghujung minggu ini di Midvalley.

Melalui acara DCIMShow ini, ia mengumpulkan semua yang terlibat dalam industri fotografi, daripada pengeluar, penjual, sehingga kepada pengguna, dan para professional melalui sebuah acara tahunan. Sebelum ini, ia telah diadakan pada tahun lepas -2010, dan kali ini merupakan tahun kedua ia dijalankan.

Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh ke DCIMShow yang bakal diadakan pada penghujung minggu ini, iaitu daripada 23 hingga 25 Disember kelak, dan kenali pelbagai perkara berkaitan dengan dunia dan industri fotografi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd