Perkhidmatan 1MalaysiaIPTV Dilancarkan – Aplikasi Android Dan BlackBerry Bakal Menyusul

Perkhidmatan 1MalaysiaIPTV Dilancarkan – Aplikasi Android Dan BlackBerry Bakal Menyusul

Diterbitkan pada Dis 19, 2011 oleh .

Selain daripada melancarkan aplikasi iOS, pihak disebalik 1MalaysiaTV juga turut sama telah pun melancarkan perkhidmatan IPTV mereka secara rasminya semalam, membolehkan para pengguna menonton pelbagai rancangan yang dibawakan terus melalui internet, serta memudahkan kerajaan berkomunikasi bersama-sama dengan rakyat.

Melalui 1MalaysiaIPTV, ia membawakan beberapa rancangan khas bersama-sama dengannya, dan disiarkan terus pada laman web mereka itu. Buat masa ini, melalui percubaan ringkas yang kami lakukan, kadangkala ia seperti gagal berfungsi, dan memerlukan pengguna memasang pelbagai aplikasi tambahan. Namun begitu, memandangkan beberapa segmen mereka disiarkan melalui YouTube juga, mungkin serba sebanyak mengurangkan masalah yang dihadapi untuk menonton rancangan mereka.

Selain daripada hanya rancangan mereka, ia juga turut membawakan siaran saluran lain dengan kerjasama bersama pihak EramaTV, sama seperti mana pada aplikasi iOS mereka. Menurut pembangunnya, mereka akan memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk platform Android dan juga Blackberry selain daripada aplikasi iOS yang dilancarkan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN