RevampLinux 12 Kini Sedia Di Muat-Turun Oleh Semua

RevampLinux 12 Kini Sedia Di Muat-Turun Oleh Semua

Diterbitkan pada Dis 19, 2011 oleh .

Selain daripada SimpleLinux yang mana dibangunkan oleh pembangun tempatan, terdapat beberapa distro Linux yang lain, yang mana turut sama dibangunkan oleh pembangun tempatan, dan salah satunya adalah RevampLinux yang mana menekankan kepada sekuriti dan juga kepantasan. Baru-baru ini juga, pembangun RevampLinux telah pun mengeluarkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu RevampLinux 12, yang dikemaskini dengan pelbagai perkara baru.

Melalui RevampLinux 12, ia kini membawakan beberapa perubahan, daripada antaramukanya, selain mana sokongan hardware acceleration yang mana diaktifkan pada sistem operasi tersebut, menggunakan kad grafik dalam menjalankannya.

Pada masa yang sama, RevampLinux 12 turut sama menggunakan OpenJDK sebagai ganti Java, seperti mana yang dilakukan oleh Ubuntu baru-baru ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun RevampLinux 12 hari ini, dan mula menguji dan menggunakan, selain memberikan maklumbalas mengenainya, dalam usaha terus menjadikan RevampLinux lebih baik lagi.


TIPS & ULASAN