Carian
Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 12 Juta Orang
December 19, 2011 Aman

Dunia rangkaian sosial tempatan terus berkembang dengan luas, dimana melalui statistik terkini yang dikeluarkan, ia kelihatan angka pengguna Facebook tempatan telah pun melangkaui angka 12 juta, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara ke-17 dengan angka pengguna paling ramai di dunia.

Dari segi demografik yang dikeluarkan, pengguna Facebook tempatan yang palin ramai adalah berumur sekitar 18 hingga 24 tahun, iaitu sekitar 34% dan diikuti dengan 25-34 tahun sekitar 28%. Pengguna lelaki mendominasi dunia Facebook Malaysia dengan lebih 53% adalah pengguna berjantina lelaki, dan selebihnya adalah wanita.

Facebook telah menjadi semakin popular sepanjang tahun ini, dengan lebih ramai pengguna dan juga organisasi membawakan sokongan khidmat pelanggan melalui perkhidmatan tersebut. Sejak enam bulan terakhir sahaja, ia memperlihatkan lebih daripada 900,000 pengguna baru mendaftarkan diri untuk menyertai perkhidmatan tersebut.

Jadi, apakah yang bakal dibawa oleh dunia rangkaian sosial di Malaysia pada tahun hadapan?

Komen