Dengan tahun baru yang menjelang tiba, Google terus menambah pelbagai fungsi baru pada laman sosial mereka, Google+, dimana hari ini mereka memperkenalkan pelbagai fungsi baru, yang dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula beberapa hari lagi, yang mana melalui kemaskini ini, ia membolehkan pengguna mengawal lebih banyak perkara lagi pada Google+.
Kemaskini Pada Google+ Pages
Baru-baru ini, Google telah pun memperkenalkan sokongan Pages untuk organisasi dan juga jenama. Dan kini mereka terus menambah pelbagai perkara baru, dan salah satunya adalah dimana kini Pages menyokong sehingga 50 orang yang lain untuk menjadi pentadbir sesuatu halaman.
Google+ Photos Yang Lebih Interaktif
Google+ Photos turut sama membawakan kemaskini, dimana kini ia dipaparkan dalam bentuk yang lebih menarik lagi, serta kemudahan untuk meninggalkan komen dengan lebih senang. Cara tag pengguna yang baru juga diperkenalkan bersama-sama dengannya.
Mengawal Apa Yang Diperlihatkan Pada Stream
Dalam membolehkan anda melihat kemaskini rakan-rakan, ahli keluarga dan yang lain-lain pada Stream dengan lebih baik, kini anda diberikan kemudahan untuk mengawal bagaimana Stream akan diperlihatkan, termasuk kekerapan kemaskini daripada seseorang pengguna dan sebagainya.
Selain daripada semua kemaskini ini, Google+ juga turut membawakan sistem notifikasi baru, bersama-sama dengan kemaskini Google Bar yang diperkenalkan baru-baru ini.
Kesemua kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam masa beberapa hari lagi, dan semestinya pada tahun hadapan, kita akan dapat melihat lebih banyak perkara diperkenalkan pada Google+ ini.