Cari @ Amanz

Nokia Lumia masih tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan di Malaysia. Sebelum ini, ia telah pun dilancarkan di Singapura, dimana kini, sebuah video telah pun dikeluarkan oleh Singtel memperlihatkan betapa kuatnya peranti terbaru daripada Nokia itu, dan betapa ia tahan lasak, dan masih boleh digunakan, seperti peranti-peranti lain Nokia sebelum ini.

Melalui ujian yang diperlihatkan melalui sebuah video ringkas, ia menunjukkan yang mana Nokia Lumia 800 membawakan badan dan juga skrin yang tahan lasak, walaupun dicalarkan menggunakan kunci, mahupun digeselkan pada dinding. Pada masa yang sama juga, ia memperlihatkan peranti tersebut dijatuhkan beberapa kali oleh para hadirin pada acara pelancaran Nokia Lumia tersebut.

Jadi, adakah Nokia Lumia akan mula memenangi hati pengguna kembali, apatah lagi dengan daya tahan seperti beberapa peranti Nokia sebelum ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd