Cari @ Amanz

Selain daripada pasaran telefon pintar, kini Samsung Electronics memegang lebih daripada 15.5% pegangan untuk pasaran jualan monitor seluruh dunia, sekaligus menjadikan Samsung kekal sebagai pengeluar monitor nombor satu dunia selama lebih 21 suku-tahun ataupun, lebih ringkas, selama 5 tahun lamanya, sejak daripada tahun 2006 yang lepas.

Pada suku tahun ketiga tahun ini sahaja, Samsug telah menjual lebih daripada 3.49 juta monitor LED, sekaligus menjadikan, satu daripada empat monitor yang terjual adalah berjenama Samsung.

Mungkin pada tahun akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak jenis monitor baru dikeluarkan, dan beberapa model baru juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan Januari 2012 pada acara tahunan CES kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd