Cari @ Amanz

Nampaknya, walaupun Nokia Lumia yang dilancarkan sebelum ini masih belum tiba di kebanyakkan negara, termasuk Malaysia sendiri, Nokia telah pun mulakan perancangan baru mereka, dimana Nokia dijangka akan melancarkan beberapa peranti Windows Phone yang baru pada awal Januari kelak.

Bermula hari ini, Nokia telah pun memulakan penghantaran jemputan media kepada media-media antarabangsa berkenaan dengan sebuah acara khas yang bakal diadakan di Las Vegas pada 9 Januari kelak, iaitu pada hari CES 2012 yang bakal diadakan.

Walaupun dalam jemputan yang dikeluarkan tidak diberitahu mengenai pelancaran peranti baru, namun dengan ura-ura berkaitan pelbagai peranti Nokia baru, berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti Windows Phone baru daripada Nokia pada hari tersebut.

Sama-sama kita nantikan tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd