Samsung Mengumumkan Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.0

Samsung Mengumumkan Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.0

Diterbitkan pada Dis 20, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini, video Android 4.0 versi pembangunan untuk Galaxy S2 diperlihatkan, kini pihak Samsung sendiri telah mengeluarkan kenyataan, mengumumkan peranti-peranti yang bakal menerima kemaskini sistem operasi terkini Android tersebut bermula daripada suku tahun pertama tahun 2012 kelak.

Antara peranti yang bakal menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich daripada Samsung kelak adalah termasuk Galaxy S2, Galaxy Note, Galaxy R, Galaxy Tab 10.1, Galaxy Tab 8.9, Galaxy Tab 7.7 dan juga Galaxy Tab 7.0 Plus.

Peranti pertama yang bakal menerima kemaskini tersebut adalah Galaxy S2 dan juga Galaxy Note seawal suku tahun pertama 2012 kelak, dengan latar masa kemaskini untuk peranti lain yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain daripada itu, Samsung juga dijangka akan melancarkan Galaxy Nexus, peranti pertama dengan Android 4.0 di Malaysia pada awal Januari ini kelak.

Terima kasih Azam.


TIPS & ULASAN