Nampaknya, dunia bantuan maya melalui input suara akan terus menarik pada tahun hadapan, apabila hari ini, Nuance telah pun mengambil-alih syarikat Vlingo yang mana merupakan antara aplikasi popular, termasuk pada platform Android, Symbian, iOS, dan juga BlackBerry.
Untuk makluman, Nuance merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka, menyediakan perkhidmatan pengenalan suara, dimana turut digunakan oleh Apple (Siri?). Dan semestinya, dengan pengambil-alihan ini, Vlingo akan terus berkembang pesat, dan menjadi salah satu aplikasi bantuan maya yang lebih menarik lagi berbanding sekarang ini.
Dengan pengambil-alihan ini, dan juga Google sendiri dijangka akan memperkenalkan fungsi bantuan maya melalui input suara, semestinya tahun 2012 akan menjadi salah satu tahun yang menarik dalam industri ini.