Setelah Google mengeluarkan data berkenaan carian popular pada enjin carian mereka, kini Google turut sama telah mengeluarkan data carian berkaitan video paling popular di YouTube, selain pada masa yang sama mengeluarkan beberapa statistik menarik berkaitan dengan YouTube yang melibatkan pengguna seluruh dunia.
Seperti semua sedia maklum, YouTube merupakan laman perkongsian video paling popular didunia, dimana selain sekadar mengehoskan video, beberapa artis juga telah lahir daripadanya, termasuk juga beberapa artis tempatan.
Sepanjang 2011, lebih daripada 1,000,000,000,000 atau lebih senang dibaca, 1 Trillion video telah dimainkan pada YouTube, sekaligus membawakan kepada mana secara purata, seorang penghuni di muka bumi ini memainkan sebanyak 140 video melalui YouTube sepanjang tahun ini.
Apabila melihat daripada video pula, Rebecca Black dengan lagu Friday menjadi video yang paling banyak ditonton oleh pengguna seluruh dunia. Video NyanCat turut tersenarai sebagai antara video popular, dan saluran Machinima menduduki tangga pertama sebagai saluran paling popular.