Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

Diterbitkan pada Dis 21, 2011 oleh .

Dengan Google Chrome yang kini menjadi pelayar web kedua popular didunia, ramai yang menganggap Google berkemungkinan tidak lagi akan memperbaharui perjanjian mereka untuk menyertakan enjin carian Google sebagai enjin carian utama pada Firefox. Namun begitu, semua itu meleset, apabila hari ini Mozilla mengumumkan mereka telah memperbaharui perjanjian bersama-sama dengan Google.

Melalui pembaharuan tersebut, Google akan kekal digunakan sebagai enjin carian utama pada Mozilla, sekurang-kurangnya selama tiga tahun lagi. Walaubagaimanapun, selain daripada tempoh tersebut, tiada perkara lain diumumkan oleh pihak Mozilla.

Mozilla sendiri akhir-akhir ini telah bergiat aktif dalam pembangunan pelayar web mereka, dimana versi baru dikeluarkan setiap enam minggu, dengan bermula daripada Firefox 11 kelak, mereka dijangka akan menguji fungsi baru untuk kemaskini automatik seumpama Chrome, tanpa perlu melalui pelbagai proses seperti sekarang ini.


TIPS & ULASAN