Amazon, Nokia Dan Microsoft Pernah Ingin Mengambil-Alih RIM?

Amazon, Nokia Dan Microsoft Pernah Ingin Mengambil-Alih RIM?

Diterbitkan pada Dis 21, 2011 oleh .

Salah satu syarikat yang seperti menghadapi masalah akhir-akhir ini adalah Research In Motion, iaitu pengeluar BlackBerry. Namun begitu, ia masih lagi diminati ramai, termasuk beberapa gergasi, dimana hari ini dilaporkan, Amazon pernah cuba untuk mengambil-alih RIM, selain mana Nokia dan juga Microsoft pernah cuba untuk membelinya bersama-sama.

Ia masih tidak diketahui mengapakah mereka berminat dengan Research In Motion, memandangkan Amazon lebih kepada Android dengan tablet berasaskan Android dan juga Amazon AppStore sendiri, manakala Microsoft dan Nokia kini memfokuskan kepada Windows Phone.

Kemungkinan pembelian untuk sekadar mendapatkan paten dan hak cipta juga merupakan satu kemungkinan. Sebelum ini, Google sendiri telah mengambil-alih Motorola Mobility untuk mendapatkan paten dan hak cipta miliknya.

Walaubagaimanapun, kesemua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas perkara ini sehingga sekarang.


TIPS & ULASAN