Lebih 700,000 Peranti Android Kini Di Aktifkan Setiap Hari

Lebih 700,000 Peranti Android Kini Di Aktifkan Setiap Hari

Diterbitkan pada Dis 21, 2011 oleh .

Android nampaknya terus berkembang dengan drastik dari hari ke hari. Setelah sebelum ini diumumkan lebih 550,000 peranti Android diaktifkan setiap hari, melalui kemaskini terbaru yang dikeluarkan oleh Andy Rubin, pembangun Android, ia mengatakan lebih daripada 700,000 peranti Android di aktfikan setiap hari.

Sepanjang tahun ini sahaja, Android telah berkembang dengan drastik, dimana pada bulan lepas, terdapat lebih daripada 200 juta peranti Android telah diaktifkan, dan dengan peranti-peranti Android Ice Cream Sandwich yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak peranti diaktifkan setiap hari, sekaligus mungkin melangkaui angka peranti iOS tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN